BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 1, 2011

Pesan Nabi Seminit Sebelum Tidur

Artikel ini adalah untuk peringatan buat diri sendiri khasnya, dan untuk para Muslimin dan Muslimat amnya. Antara tanggungjawab seorang penulis blog adalah dapat menyampaikan atau berpesan-pesan tentang kebenaran dan kebaikan. Mudah-mudahan dapat menjadi renungan untuk kita semua. Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku pada hari ini, mungkin ada atau sememangnya ada di antara kita yang terlepas pandang atau sudah menjadi kebiasaan melupakan amalan-amalan yang asas dilakukan dalam kehidupan kita sebagai orang Islam.


Sedangkan kita tahu sesetengah amalan jika dilakukan seumur hidup kita bakal mendapat barakah yang tidak ternilai ganjarannya. Insya-Allah.


Amalan yang paling ringan dilakukan kita adalah seperti melakukan amalan sebelum tidur. Saya rasa memang jarang kita nak buat . Yalah dan terbongkang kat tilam dan dah dapat bantal empuk, apalagi, lelap la bukan?


Fikirkan kembali!


Amalkan amalan tersebut sebelum tidur yang dikenali sebagai tafsir haqqi. Rasulullah pernah berpesan kepada Aisyah ra,


Ya Aisyah, jangan engkau tidur melakukan empat perkara.
Empat perkara yang dimaksudkan Rasulullah ialah,


Sebelum khatam Al-Quran.
Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
Sebelum para muslim meredhai kamu.
Sebelum kamu laksanakan haji dan umrah.
Aisyah bertanya,


Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam satu masa?
Rasulullah tersenyum lalu bersabda,


Jika engkau tidur, bacalah,
1. Al-Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.






Maksudnya,


Katakanlah (Wahai Muhammad), (tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Sesungguhnya Allah kekal.
Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa-NYA.
2. Selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.


Allohhumma solli a’laa syaidina Muhammad wa’ala alihi syaidina Muhammad


Baca selawat sebanyak 3 kali.
3. Istighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.


Astagfiruloh al adzhiim alladzi laa ilaaha illa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih


Beristighfar sebanyak 3 kali.
4. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.


Subhanaloohi walhamdulillahi wala ilaha illallahi wallahu akbar


Dibaca 3 kali.
Renungkanlah! Insya-Allah dengan usaha kita sedari kecil ini memungkinkan kita mendapat lebih hidayah dan nur keimanan yang lebih teguh dan cekal menghadapi hari-hari yang penuh cabaran pada masa ini. Amin... Amin..


Mungkin juga bermulanya amalan tersebut menguatkan dan dapat memperbaiki lagi hubungan kita dengan Allah.

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang
mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

-Misz nie-sa-

Dating yg Benar Mengikut Islam

Bagaimanakah cara yang betul bagi pasangan muda-mudi masa kini mengaplikasikan konsep dating untuk mengenali hati budi masing-masing mengikut cara yang berlandaskan syariat dan peraturan Islam?

JAWAPAN:

Dating dalam erti kata berdua-duaan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram adalah haram ber dosa besar . Ini kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada mudarat. Iaitu mendedahkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama Islam.

Mula-mula dating dalam telefon, kemudian ajak keluar makan. Mula-mula naik kenderaan berasingan. Lama kelamaan naik satu kenderaan bukan sekadar makan tetapi pegang tangan, tidur atas bahu kekasih. Sehingga kadang-kadang sampai melakukan perzinaan.masyallah .

Walaupun pada mulanya rasa bersalah terhadap perbuatan yang terkutuk itu, lama kelamaan menjadi alah bisa tegal biasa. Sebab itulah Islam menegah sama sekali pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Allah s.w.t berfirman, Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji kotor dan satu jalan Yang jahat yang membawa kerosakan pada diri sendiri dan masyarakat .

(al-Isra’: 32)

Peringatan dalam ayat ini ialah tegahan keras Allah supaya jangan sekali-kali cuba menghampiri zina. Kaedah fikah menjelaskan ‘Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram dosa besar maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram juga . Dan mencegah adalah lebih baik dari mengubat.


Sekiranya usaha menghampirinya jelas ditegah apatah lagi sengaja terlibat. Islam mengajak penganutnya menjauhkan diri dari terdedah kepada maksiat. Menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tidak berguna. kata perpatah malay .

Terjebak

Allah s.w.t menegah umatnya mendedahkan diri terjebak dalam kebinasaan. Firman Allah s.w.t lagi …

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan ."

(al-Baqarah: 195).

Dalam ayat ini Allah sebut mencampakkan, maksudnya sengaja melibatkan dan mendedahkan diri dalam sesuatu perbuatan yang boleh membawa kebinasaan. Yakni masa depan kita di dunia ini dan di dunia alam kubur kita esok hari .

Allah s.w.t menyuruh setiap lelaki dan perempuan menundukkan pandangan. Ini kerana dengan menundukkan pandangan seseorang itu dapat memelihara kehormatannya.

(al-Nur: 30-31).

Ketika mentafsirkan ayat ini ulama menyatakan bahawa; pandangan adalah panah beracun bagi hati perasaan kita , sebab itulah Allah s.w.t menghimpunkan dua perkara dalam ayat ini, iaitu merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan kemaluan.

Dan juga bahawa mata adalah punca kepada zina.

(Dr. Wahbah al-Zuhailiy, jld:18, hlm:214 ).

Dating diharuskan bagi mereka yang sudah bertunang. Itupun dengan izin wali perempuan dan bersama mahram ahli keluarga perempuan. Bertunang adalah lesen awal untuk seorang lelaki mengenali tunangnya.

Mungkin juga langkah awal untuk seorang lelaki dan seorang perempuan mengenal bakal pasangan hidupnya dengan lebih dekat lagi.

Namun Islam tidak membenarkan seorang pasangan yang bergelar tunang untuk berdating. Kalau nak dating mesti dengan memelihara hak Allah. Ulama haruskan pertemuan lelaki dan perempuan selepas pertunangan semata-mata untuk melihat sifat zahirnya, seperti melihat kepada rupanya untuk mengenal pasti kesempurnaan fizikalnya.

Namun percintaan dan dating yang halal ialah selepas diijab kabul, sementara itu pasangan kekasih hendaklah tunduk kepada perintah Allah. Adalah tidak wajar mencari kebahagiaan hidup dengan melanggar perintah Allah.

Mungkin juga ada yang bertanya: kalau begini susahlah bagi pasangan kekasih mengenali antara satu sama lain. Tidak susah kalau kita ada iman kepada Allah swt .Kalau kita tanya Nafsu semua nya dia nya mahu dan semua Nya susah perintah Allah swt .

kalau kita kata susah ,ianya akan menjadi susah bagi kita .

kalau kita kata senang dan kebahagian hari mendatang yang kita mahu maka kesenangan dan kebahagian yang kita dapat perolehi nya .

Tidak ada pengenalan yang sempurna bagi lelaki terhadap pasangan kekasihnya melainkan selepas perkahwinan

Muhasabah Cinta

Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff:

Thursday, June 30, 2011

umpama bonggol unta

hai guys nk thu x tk lme lgi cye x balik umh selama 1 bulan lebih...
hmm sbenarnya itu bukan tjk yg nk di ceritakan...cye nk cite psl BONGGOL UNTA

korg mesti dh tgk ramai org pakai tdng tpi de bonggol kt kepala diorg tu..
skunk nie dh cri mcm trend kan..korg rasa cntik ke pakai tdng cm tu???


Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!


Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)

Monday, June 6, 2011

kapel tu haram ataupon tidak????

korang rasa kapel tu haram ke???

kalau bgi aq memang haram...
tipulah kalau aq ckp aq x prnh 'BERKAPEL'
tpi skunk aq dh x kapel sjk aq thu kapel tu haram...
tapi sape yg thn kalau x berkapel kan...
aq ada bawakn satu article mengenai kapel tu haram ke?

Pertama sekali, mari kita cuba lihat apa erti atau definisi bagi satu istilah yang kita panggil cinta, couple, dari kacamata remaja atau muda mudi zaman ini.
Kita mula dari perspektif yang lebih umum. Ada yang menganggap cinta itu berlaku bila mata bertentang mata. Ada pula yang menganggap cinta itu berlaku bila ada pengisytiharan atau Declaration I LOVE U atau SAYA CINTAKAN AWAK. Ada jugak yang rasa cinta itu bermula bila Saya tau dia suka saya dan dia tau saya suka dia. Itu dah cukup.
Sebenarnya masih ramai yang keliru bila mentafsirkan apa itu cinta. Malahan ada yang tidak tahu bila bermulanya cinta. Ada juga yang cuba menghalalkan cinta menurut agama Islam biarpun berlaku di luar perkahwinan. Malahan tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini ada yang menggunakan dawah sebagai Lesen Besar mereka untuk bercinta. Yang ikhwah kata akhwat perlukan bantuan saya, yang akhwat pula kata ikhwah perlukan dorongan dari saya.
Tapi betulkah couple itu haram? Kenapa? Jangan terus menjawab persoalan ini. Teruskan membaca dan berfikir.
Masalah pendefinisian couple atau cinta itu sendiri sudah mengelirukan. Bagaimana individu itu mentafsirkan cinta takkan habis kalau di tanya orang perseorangan. Ini kerana mereka mentafsirkan cinta menurut hati dan kehendak mereka. Ada juga yang cuba menggunakan dalil-dalil dari Al Quran, dan petikan kata-kata ulama muktabar serta kitab-kitab tertentu untuk menghalalkan cinta menurut kehendak dan nafsu mereka.
Susah untuk mencari kata-kata ulama mahupun imam-imam besar tentang dari mana bermulanya cinta ini. Kita ambil contoh yang paling mudah. Kata-kata dari filem-filem melayu zaman P Ramlee dan sebagainya (semestinya mereka tidak tergolong dalam kategori ulama dan imam besar). CINTA ITU MULANYA DARI MATA, DAN TURUNNYA KE HATI. Dari hati terbitnya rasa sayang dan dari rasa sayang perasaan rindu mula menjengah ke segenap ruang diri.
Betulkah ungkapan atau situasi ini? Jangan jawab persoalan ini. Teruskan membaca.
Lihat pula Firman Allah dalam surah yang sama,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
(Surah An-Nur(24) ayat 30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya..
(Surah An-Nur(24) ayat 31)
Pertamanya dari kedua-dua ayat ini, Allah SWT memerintahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita yang beriman supaya menahan pandangan dan yang keduanya barulah memelihara kemaluan. Berfikir sejenak, mengapa pandangan yang harus di tahan terlebih dahulu dan bukan kemaluan yang di jaga?
Saya simpulkan secara mudah, KERANA ZINA ITU BERMULA DARI MATA DAN KEMUDIAN TURUN KE HATI! Jadi jagalah pandangan mata dari melihat atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

kapel semmngnya haram di sisi islam...

Tuesday, May 31, 2011

BOSAN NYE!!

X THU NK WT PE.....
BOWINK SUNGGUH...
nak wt homework x de mood lolz...
hmmmm......bosan......
mau wt pe nie.....
disebbkan terlalu bosan...
aq cari koleksi baju n tudung muslimah...


cantik x baju2 nie.......cntik kan...
aq suka sgt bju2 nie...



cntik kan.....
tudung2 tadi.....
minat sgt....

ini semua bosan punya pasl.....huhu