BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 23, 2010

himpunan mutiara kata

         "Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi"
- Hadis Riwayat Ibnu Asahin

      "Sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan                                                             menghindarkannya daripada sebarang bencana. "
- Menurut Syibab Ahmad

Pengetahuan bukanlah apa yang dihafal. Pengetahuan adalah apa yang memberi faedah."
- Imam Shafie

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran"
- surah Al-Asr Ayat : 1-

"Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya"
- Hamka

"sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. "
- Menurut Sayyid Ahmad Dahl

"Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan hamba, melainkan apabila ianya diniatkan ikhlas untuk-Nya dan hanya mengharap keredhaan-Nya.” "
- H.R. Imam al-Nasa’I dari Abu Umamah al-Bahili r.s.

"Jauhilah kemarahan kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan dia marah"

"Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan
umurnya, hendaklah ia menyambung tali silaturrahim"
- HR. Bukhari

"Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama"
- Hamka

"Rasulullah SAW bersabda : “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, niscaya kalian akan diberi rezki sebagaimana rezki burung-burung. Mereka berangkat pagi dengan perut lapar, dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang"
- HR.Ahmad,Tirmidzi,Ibnu Majah,Ibnul Mubarak,Ibnu Hibban,Al Hakim,Al Qudha’i dan Al Baghawi dari ‘Umar bin Khaththab r.a


Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.
Surah Hud ayat 36

Rasulallah SAW Menyedarkan Penuntut ZINA

Teringat yaya pada satu kisah yang di riwayatkan oleh imam Ahmad dengan isnad ; dari Abu Umamah bahawasanya seorang pemuda datang pada Nabi SAW lalu berkata : “Wahai nabi Allah, apakah baginda mengizinanku untuk membuat zina?” Maka para umat manusia berteriak padanya…kemudian rasulullah SAW bersabda,

“Dekatkanlah dia, dekatlah….Maka pemuda tadi dekat sehingga duduk di depan rasulullah SAW.”

Nabi SAW : “Apakah engkau menyukai zina untuk ibumu?”

Pemuda : “Tak, semoga aku dijadikan Allah sebagai tebusan baginda.”

Nabi SAW : “Demikian juga umat manusia, mereka tak menyukai zina untuk ibu-ibu mereka. Apakah engkau menyukainya untuk anak perempuanmu?”

Pemuda : “Tak, semoga aku dijadikan Allah sebagai tebusan baginda.”

Nabi SAW : “Demikian juga umat manusia, mereka tak menyukainya untuk anak perempuan mereka. Apakah engkau menyukainya untuk saudara perempuanmu?

Pemuda : “Tak, semoga aku dijadikan Allah sebagai tebusan baginda.”

Nabi SAW : “Demikian juga umat manusia, mereka tak menyukainya untuk saudara-saudara perempuan mereka.

Kemudian rasulullah SAW menyebutkan makcik saudara bapa dan makcik saudara ibu, sedangkan pemuda tadi menjawab jawapan yang sama. Lalu Rasulullah SAW meletakkan tangan di dada pemuda tadi dan memanjatkan doa; “Ya Allah, sucikanlah hatinya, ampunilah dosanya dan jagalah kehormatannya.
Sesungguhnya Lelaki penzina tidak menaruh perhatian pada perempuan penzina

Apabila lelaki penzina mengerti bahawa perempuan yang dizina dalam keadaan hamil, dan ternyata kandungannya ditimpa bahaya yang sangat serius dan penyakit berbahaya maka dia tak memerhatikan kepadanya. Dia tak menanyakan nasibnya walaupun kehamilan dan lahir dapat mengakibatkan kematian.

Tips yang yaya boleh kongsi.. untuk mengurangkan keinginan syahwat..sebaik-baik saranan rasulullah SAW adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya berpuasa itu dapat mencegah dari maksiat.

Wallahualam..

KATA kata NASIHAT

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yang luas.

Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan